Tuesday, 15 November 2016

Hello semua!!!!! hikss  <3 <3
Image result for orang utan

Kenal saya tak?!!hehhehehehehe :P




PENGENALAN TENTANG ORANG UTAN



            Orang Utan ialah dua spesis Hominidae yang tinggal di Asia Tenggara terutama sekali di Pulau Sumatera dan Borneo. Orang utan ialah satu-satunya spesis Mawas bukan Manusia yang tinggal di luar Afrika yang masih hidup. Orang Utan pernah diklasifikasikan sebagai satu spesies akan tetapi sejak tahun 1996, mereka telah dibahagikan kepada dua spesies iaitu Orang utan Borneo (Pongo pygmaeus) dan Orang utan Sumatera (Pongo abelii).



            Tambahan pula, Orang Utan Borneo dibahagikan kepada 3 subspesies. Orang Utan Borneo dan Orang Utan Sumatra terpisah kira-kira 400,000 tahun dahulu. Kedua-dua spesies Orang Utan ini adalah satu-satunya spesies yang masih hidup dalam genus Ponginae yang termasuk Gigantopithecus, iaitu spesies Hominidae terbesar pernah hidup. Nenek moyang Ponginae terpisah dari Hominidae Afrika (iaitu Gorila, Cimpanzi dan Manusia) kira-kira 19 juta tahun dahulu




Image result for orang utan blog
Orang utan kanak-kanak



             Orang Utan ialah spesies Hominidae (Mawas) yang paling arboreal dan banyak menghabiskan masa di atas pokok. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan berbanding Cimpanzi dan Gorila yang mempunyai bulu kehitaman atau coklat. Orang Utan jantan dan betina berbeza dari segi rupa dan saiz, Orang Utan jantan dewasa mempunyai pipi yang keluar dari mukanya atau "cheek pads" dan dapat memanggil betina dan lawan menggunakan jeritan yang kuat.
Orang Utan jantan yang muda tidak mempunyai "cheek pads" dan rupanya seperti Orang Utan betina yang dewasa. Orang Utan adalah spesies Mawas yang paling suka bersendirian, kehidupan sosial Orang Utan hanya terhad kepada Ibu dan anaknya. Anak Orang Utan tinggal bersama dengan ibunya selama 2 tahun. Orang Utan boleh hidup selama 30 tahun.

Image result for ANATOMI DAN FISIOLOGI ORANGUTAN
Ibu orang utan dan anaknya


            Orang Utan adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai alat yang kompleks dan membina sarang dengan menggunakan kayu dan daun. Mereka dapat memahami bahasa-bahasa Manusia dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat walaupun mereka tidak boleh bercakap oleh kerana kord suara yang berbeza dengan Manusia (Kord suara mereka lebih keatas berbanding Manusia dan menghalang mereka menggunakan suara yang lebih kompleks). Orang Utan juga dikatakan mempunyai budaya yang berbeza antara satu-sama lain, setiap kawasan yang mempunyai Orang Utan mempunyai budaya yang lain (seperti penggunaan alat). Kedua-dua spesies Orang Utan dikategorikan sebagai "terancam" oleh IUCN oleh kerana kemusnahan habitat.


TAKSONOMI DAN GENETIK

Image result for PERBEZAAN GENETIK ORANG UTAN DENGAN MANUSIA
Kandungan genetik(DNA) orang utan 97% sama dengan genetik manusia
Image result for PERBEDAAN GENETIK ORANG UTAN DENGAN MANUSIA
Pandangan mata yang hampir sama dengan manusia


Image result for PERBEDAAN GENETIK ORANG UTAN DENGAN MANUSIA
Rangka tulang yang hampir sama dengan rangka tulang manusia






Kedua-dua spesies Orang Utan adalah satu-satunya spesies dalam genus Ponginae yang masih hidup. Genus Ponginae juga termasuk pelbagai spesies Mawas yang pernah tinggal di Asia seperti Lufengpithecus, Gigantopihecus, Sivapithecus dan Khoratpithecus piriyai yang pernah tinggal di Thailand kira-kira 5 hingga 7 juta tahun dahulu dan merupakan spesies yang paling dekat dengan Orang Utan. Dalam keluarga Mawas, Ungka terpisah dari Hominidae (Mawas besar) 20 juta tahun dahulu. Orang Utan mempunyai 97% persamaan DNA dengan Manusia. Tetapi, Orang Utan mempunyai 48 kromosom berbanding 46 dalam Manusia.




ANATOMI DAN FISIOLOGI
Image result for ANATOMI DAN FISIOLOGI ORANGUTAN
Tengkorak manusia dan tengkorak orang utan tidak mempunyai banyak perbezaan.


               Orang Utan mempunyai badan yang sasa, tekuk yang tebal, lengan yang panjang dan kuat, kaki yang bengkok dan tidak mempunyai ekor. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan dan kulitnya hitam. Orang Utan Sumatera mempunyai warna bulu yang lebih cerah dan tidak setebal bulu Orang Utan Borneo. Muka Orang Utan kebanyakkannya tidak berbulu kecuali di bahagian dagu yang biasanya mempunyai janggut, terutama sekali Orang Utan jantan. Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan. Seperti spesies Mawas yang lain, bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil.








             Tangan dan kaki Orang Utan mirip dengan Manusia. Mereka mempunyai ibu jari dan empat jari yang panjang. Tangan dan kaki Orang Utan yang panjang dan bengkok diadaptasikan untuk memanjat pokok. Apabila di tanah, Orang Utan biasanya berjalan kedua-dua tangan dan kaki dan kadangkala berjalan menggunakan dua kaki.




EKOLOGI





              Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal.






             Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari (8-9 bulan) dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.






ANTARA TEMPAT PEMULIHAN ORANG UTAN DI MALAYSIA


Pusat Pemulihan Orang Utan, Sepilok Sabah







Pusat Pemulihan Orang Utan, Bukit Merah Perak